Thursday, 11 September 2014

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Kawalan, Kelas Kawalan & KRK 2014

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Kawalan, Kelas Kawalan & KRK 2014


Permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu di Sekolah Kawalan, Kelas Kawalan dan Kelas Rancangan Khas – KRK Kementerian Pendidikan Malaysia telah dibuka mulai 1 September 2013.
Permohonan ke Sekolah Kawalan, Kelas Kawalan dan Kelas Rancangan Khas – KRK dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cara Memohon


  • Murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR 2014 boleh memohon Sekolah Kawalan, Kelas Kawalan dan Kelas Rancangan Khas (KRK).
  • Permohonan perlu dibuat secara online melalui Aplikasi Permohonan ke Sekolah Kawalan, Kelas Kawalan dan Kelas Rancangan Khas.
  • Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul kerana pengemaskinian tidak boleh dibuat setelah cetakan dibuat.


Link untuk aplikasi : Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Kawalan, Kelas Kawalan & KRK 2014

Thursday, 14 August 2014

Pelancaran Bulan Patriotisme 2014

Tanggal 31, bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Begitulah bait lagu nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arsad yang acapkali berkumandang setiap kali bulan Ogos tiba. Ya, tarikh keramat apabila negara Tanah Melayu ketika itu disahkan mendapat kemerdekaannya setelah menempuh pelbagai jerih payah kehidupan di bawah pemerintahan penjajah.


Bersempena bulan kemerdekaan ini, Panitia Sivik dan Kenegaraan yang diketuai oleh Norhani Bt Kamaruddin akan menganjurkan Bulan Patriotisme bagi memberi pendedahan serta membangkitkan semangat kemerdekaan di dalam jiwa murid-murid SK (1) Selayang Baru.

Pelbagai acara telah dirancangkan termasuklah Pertandingan Melukis Poster, Pertandingan Sajak, Koir Kemerdekaan, Pertandingan Pakaian Kemerdekaan serta acara kemuncak pada Majlis Penutup pada 22 September nanti. Melihatkan warna-warni ketika pelancaran tempoh hari, nampaknya banyak kejutan menarik menanti murid-murid sepanjang tempoh Bulan Patriotisme ini.























Tuesday, 22 July 2014

First day #PercubaanUPSR

Debaran yang terasa bukan hanya di dada murid, namun gurunya lebih lagi. Percubaan bakal menjadi medan try run bagi calon sebelum ujian sebenar kurang 2 bulan lagi. Buat yang terbaik ya anak-anak.

Monday, 21 July 2014

Projek Keceriaan Surau

Tahniah diucapkan buat AJK Surau atas usaha anda dalam mengindahkan lagi surau kita. Semoga usaha ini dapat menarik lebih ramai pelajar menggunakan surau.

Taklimat peraturan Peperiksaan Percubaan UPSR

Selamat berjaya diucapkan buat semua murid Tahun 6. Anda semua boleh.  Doa ibu bapa,  guru-guru serta semua warga sekolah mengiringi anda... 

Sunday, 20 July 2014

Pelancaran i-Think 2014

SK (1) Selayang Baru sekali lagi menempa nama apabila dipilih sebagai salah sebuah sekolah bagi program rintis Kursus i-Think Dalam Talian (KiDT) bagi daerah Gombak. Majlis pelancaran telah diadakan pada hari Khamis, 17 Julai 2014 bagi memberi pendedahan kepada warga SKSB1 tentang 8 peta pemikiran serta konsep bagaimana i-Think akan diintegrasikan di dalam proses PdP. 

Dalam beberapa minggu akan datang, murid-murid akan menikmati pembelajaran yang lebih menarik menggunakan peta-peta i-think. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai i-Think, sila layari 

http://www.ithink.org.my/bmhome/Index