Monday, 30 June 2014

Salam Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan..
Assalamualaikum...

Diharapkan semua murid masih bersemangat meneruskan perjuangan mencari ilmu di samping menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan ini. Istimewa sepanjang Ramadan, majlis tadarrus Al-Quran dijalankan pada setiap pagi sebelum perhimpunan.

Guru brtugas minggu ini :
1. Cik Eida Mazura
2. Ustazah Fatihah

Anugerah Keceriaan & Kebersihan
Tahun 4 : 4 Amal
Tahun 5 : 5 Amal
Tahun 6: 6 Amal

Untuk murid tahap 1, kantin dibuka buat murid yang tidak berpuasa.

Sunday, 22 June 2014

Santai - Calon UPSR 2014

Tanggal 21 Jun lalu telah berlangsung program pemuafakatan hari terbuka SKSB1 yang menyaksikan ramai ibu bapa hadir bertentang empat mata bagi membincangkan prestasi anak-anak setakat separuh pertama tahun 2014. Diharapkan hasil perbincangan tersebut membantu guru-guru dan ibu bapa mencari solusi bagi menaikkan lagi prestasi pembelajaran anak-anak.

Tentunya yang paling gementar tahun ini adalah ibu bapa yang mana anak-anak mereka akan menduduki Peperiksaan UPSR pada bulan September nanti. Masa berbaki hanya tinggal beberapa bulan. Teruskan usaha anak-anak.

Study hard, work smart.

Jom kita saksikan keletah mereka di sekolah..












Sunday, 15 June 2014

Perhimpunan Mingguan (16 Jun 2014)

Guru bertugas:
1. Ustazah Zuliyana
2. Pn. Norazlina Nawam
3. En. Azhan

Pengawas bertugas: 
1. Pengerusi - Zain
2. Bendera - Bazlisyah
3. Lagu - Anissa
4. Bacaan Ikrar - Rusyaidi



Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Nor Laily Binti Abdul Rahman
1. Semua murid diwajibkan menepati jadual waktu yang ditetapkan oleh sekolah. 
2.Ucapan tahniah buat 2 orang murid yang mendapat 5A dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun.
3. Semua murid digesa menaikkan prestasi pelajaran terutamanya kelas 5A dan 5B.
4. Semua murid mampu mencapai 5A jika berusaha. Tidak mustahil!
5. Sabtu ini (21 Jun) adalah merupakan Hari Terbuka Sekolah. Jadual adalah seperti berikut:
(Sila rujuk surat edaran)

i. PdP akan dijalankan seperti biasa hingga pukul 11
ii. Ibu bapa boleh bertemu dengan guru mulai pukul 11 hingga pukul 12 tengah hari. 
iii. Ibu bapa boleh mengikut murid pulang selepas bertemu guru. 




Tuesday, 3 June 2014

Bengkel Menjawab Soalan : Bahasa Inggeris UPSR

Ketika ramai murid sedang memulakan perjalanan pulang ke kampung, Dewan Amal SKSB1 masih lagi bergema dengan tepukan dan gelak tawa para peserta Bengkel Menjawab Soalan UPSR Bahasa Inggeris anjuran Panitia Bahasa Inggeris dan Penyelaras Tahun 6.

Bahasa Inggeris yang merupakan "killer subject" bagi kebanyakan calon, menjadi mudah pada hari itu. bengkel dikendalikan oleh seorang penceramah jemputan khas yang berpengalaman secara langsung dalam menyediakan buku latihan UPSR.

Bengkel bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi memandangkan hari tersebut adalah Hari Jumaat.












Semoga murid-murid lebih bersemangat untuk menghadapi UPSR.
Ingat, belakang parang apabila diasah akan tajam, inikan pula minda manusia.
 Lagi Gambar :

https://drive.google.com/a/yes.my/folderview?id=0B274p4LHyOf9S19mVHZBejMwY0k&usp=sharing

 "English Is Fun""English Is Easy" 

Kejohanan Sukan SKSB1 2014

Corat-coret sepanjang Kejohanan Sukan SKSB1. 

Walaupun di bawah panas terik, namun semua guru serta murid-murid tetap memberikan komitmen terbaik sepanjang kejohanan berlangsung.

Perbarisan 



Acara tarik tali tahun 4

Wakil tahun 4 rumah biru

Muharram - jaguh larian 100 M

Haziq - Olahragawan Tahun 4


Afnan - Olahragawan Tahun 6
 Semoga murid-murid mendapat manfaat dan pengajaran berguna daripada aktiviti sukan seperti ini. Sememangnya fokus aktiviti adalah mencungkil aktiviti bersukan. Namun, pada masa yang sama, dengan aktiviti ini, murid seharusnya mempelajari konsep dedikasi, disiplin sukan, determinasi dan semangat berpasukan. 

Lihat lebih banyak gambar pada link berikut : 


Tahniah diucapkan!