Guru bertugas:
1. Puan Mastura
2. Puan Roslia
3. Puan Nor Liza
4. En Abd Fattah
Puan Mastura selaku guru bertugas mengingatkan murid agar menepati waktu sekolah seperti yang ditetapkan. Murid juga perlu menghormati lagu Kebangsaan, lagu negeri, lagu sekolah dan bacaan ikrar. Sekiranya murid sedang berjalan, mereka sepatutnya berhenti dan berdiri tegak untuk menghormati lagu tersebut.
Laporan guru bertugas minggu lepas - Cik Eida Mazura
1. Murid perlulah bergerak dalam keadaan tersusun dan berbaris sebelum ke bilik-bilik khas daripada kelas atau kantin. Ini bagi memastikan tidak mengganggu kelas lain dan untuk keselamatan mereka juga.
2. Ketua kelas perlu memainkan peranan supaya maklumat yang disampaikan guru kelas diketahui oleh semua murid-murid.
Kelas terbersih minggu lepas :
Tahun 4 : 4 Didik
Tahun 5 : 5 Amal
Tahun 6 : 6 Amal
Pengumuman :
1. Pada Sabtu ini (12 Julai 2014), akan diadakan aktiviti kokurikulum. Jadual aktiviti adalah seperti berikut:
08.00 - 10.00 - Unit Beruniform
10.00 - 12.00 - Kelab/Persatuan
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta olahraga peringkat zon, daerah dan negeri.
Majlis diakhiri dengan slot tazkirah ringkas oleh En Norsham.
No comments:
Post a Comment