Puan Ruhayah Bt Abdul Rahman sedang menyampaikan amanatnya |
Sebagai titik responds proaktif Peperiksaan Pertengahan Tahun 5, hari ini diadakan satu Program Kecemerlangan yang melibatkan ibu bapa dan murid-murid tahun 5 Amal, 5 Bakti dan 5 Cerdik (Siri 1).
Ibu bapa bersidang di dalam Bilik Mesyuarat SKSB1 untuk mendengar taklimat ringkas oleh Puan Guru Besar, YdP PIBG, dan guru-guru.
Dalam program ringkas ini, Guru Besar telah menyampaikan amanat dan harapannya agar ibu bapa memberikan kerjasama dalam usaha-usaha yang dijalankan oleh sekolah. Puan Guru Besar juga mengalu-alukan ibu bapa yang ingin memberi sumbangan kepada pihak sekolah, contohnya kertas A4 untuk cetakan lembaran kerja. Guru Besar mengakhiri ucapan dengan menluahkan harapannya agar baik ibu bapa, mahupun guru-guru menjaga hubungan baik yang terjalin selama ini agar memudahkan proses peningkatan prestasi anak-anak.
Majlis diteruskan dengan ucapan oleh YdP PIBG, En Ridhuan Jamaluddin yang menyampaikan ceramah mengenai Sarana Ibu Bapa.
Seterusnya, PK Pentadbiran, Puan Norlaily Bt Abdul Rahman membentangkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014 dan perancangan bagi baki akhir tahun.
Tahniah diucapkan buat para guru Tahun 5 yang memberi kerjasama dalam membantu melancarkan program ini, terutamanya buat Guru Penyelaras Tahun 5, En Ishak.
Tidak lupa jutaan terima kasih buat para ibu bapa yang meluangkan masa untuk hadir walaupun ketika berpuasa di bulan Ramadan.
Semoga program-program sebegini dapat melonjakkan prestasi murid-murid kita, dan pada masa yang sama mengeratkan hubungan baik antara ibu bapa dan pihak sekolah.
No comments:
Post a Comment