Monday, 7 July 2014

Program Mobil Chromelab 2014


 Ramadan memang merupakan satu bulan yang mencabar buat semua murid, dan tidak kurang guru-gurunya. Hahaha.. Namun begitu, itu bukan alasan untuk mengurangkan produktiviti dalam aktiviti persekolahan. Tambahan pula, peperiksaan percubaan UPSR kini tiba. Jadi proses ulangkaji dan gali ilmu perlu semakin rancak, bukan sebaliknya.

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, begitulah beruntungnya anak-anak SKSB1 yang lahir di tengah-tengah kepesatan pembangunan teknologi kota. Tidak, penulis bukanlah bercakap mengenai murid-murid yang lentok kerana kepenatan dan mengantuk menonton siaran lewat pagi Piala Dunia, sebaliknya mengenai Program Mobil Chromelab 2014 yang dianjurkan di bawah Unit ICT SKSB1.

Melalui program ini, murid-murid akan diberikan hak memegang Chromebook (CB) selama dua jam mengikut jadual dan boleh menggunakan pada waktu lapang, atau sekiranya guru pada waktu berkenaan mahu menjalankan proses PdP dalam VLE Frog.

Berdasarkan tinjauan proses rintis minggu lepas, jelas kelihatan keterujaan murid untuk menggunakan kemudahan teknologi maklumat ini. Semoga murid dapat memanfaatkan sebaiknya kemudahan ini.

"INTERNET BUKAN YOUTUBE"








No comments:

Post a Comment